Sile laa bce blog sye , ade kt bwh niey...try tgk jap ^_* Jeng!3




.

Tuesday, December 21, 2010

Kaitan solat dengan perubahan warna alam

Salam....korg2 sume mesti lom taw apa kelebihan waktu solat terutamanya di awal waktu kn??? Setiap perkara yg Allah perintahkan mesti ada kebaikannya. Lepas bce artikel ni hrp2 korg cbe try berubah solat d awal waktu..ak penh try n mmg sgt2 terasa perubahannya....dengan lafaz bismillah & penuh kasih sayang ak kongsikan ilmu nie utk korg2 sume yg d tulis oleh ustaz Zahazan dlm artikelnya Rahsia Solat di Awal Waktu.


  • Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
  • waktu Subuh (warna Biru muda)



Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud . Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

  • waktu zohor (warna kuning)


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya .Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

  • waktu Asar( warna oren)


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

  • waktu Maghrib ( warna Merah)




Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spectrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


  • Waktu Isyak (warna Indigo)





Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

  • Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, thalamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

  • Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah S.W.T tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

  • Kalau melihat kepada perubahan warna tenaga alam yang berlaku seharian,kita akan dapati bahawa jika kita ingin meningkatkan aura karismatik dalam diri ia boleh dilakukan melalui memperbanyakkan amalan kerohanian pada waktu 2/3 malam. amalan yang paling dituntut ialah Solat Tahajjud. inilah rahsia kewibawaan ulama-ulama silam. Kerana itulah Islam dapat memimpin 2/3 dunia dengan begitu cemerlang. Disarankan kepada para pemimpin menjadikan solat tahajjud sebagai agenda utama di dalam kehidupan.

  • Manakala untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pula, pembaca disarankan agar menghidupkan amalan pada waktu subuh. Bangun awal dan solat pada awal waktu kerana ia boleh menolong untuk menstabilkan aura biru yang ada di dalam tubuh. 

SEkian, Selamat Beramal =)





Tuesday, December 14, 2010

Kisah Benar: Kasih Seorang Ibu

Sedang ak asyik2 memview blog org, ak t'jumpe 1 artikel yg sgt menarik kt izoblog nieyh.....dr dlu ak ske follow blog niey....mmg bgs artikel2 yg ad dlm blog dye...not bad la...n ak t'tarik ngn 1 kish benar yg berlku kt China nia mse Gempa Bumi kt  Wen Chuan, Si Chuan, China pada 12 Mei 2008. Nak bce lebey lanjut jom bce cite kt bwh neh...agk terharu!!!! sob3

Kisah benar ini berlaku ketika gempa bumi yang kuat melanda Wen Chuan, Si Chuan, China pada 12 Mei 2008 yang mengorbankan hampir 68,000 orang (mengikut statistik daripada Wikipedia).



12 Mei 2008 Wen Chuan, Si Chuan, China merupakan salah satu daerah yang paling teruk dilanda gempa bumi. Sukarelawan yang bertugas menyelamatkan mangsa pada saat itu menemukan suatu pemandangan yang begitu memilukan.

“Lihat itu, ada seorang wanita di sana”.
Di sebalik runtuhan kelihatan jenazah seorang wanita, dan kelihatan ada sesuatu di bawahnya, seorang bayi.
Ibu itu berada di dalam keadaan berlutut, menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari runtuhan bangunan.
Si anak yang berusia sekitar 3-4 bulan tidak luka sama sekali kerana dilindungi oleh badan ibunya. Malah ketika bayi tersebut dijumpai, dia begitu nyenyak sekali tidur seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku disekelilingnya.
Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya. Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis:
“Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya”
Si anak kehilangan ibunya. Tetapi sepanjang hidupnya pasti dia tidak akan dapat lupakan pengorbanan ibunya. 

Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.

Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook???



Menurut pemerhatian saya, ramai diantara kita yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status di Facebook tetapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?
Dipetik daripada wikipedia:
An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.
Yang bermaksud:
Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.
Dalam erti kata lain, orang yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun. Maka adalah amat menyedihkan apabila kita sebagai umat Islam sendiri menggunakan status ini.
Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.
Harap Maklum.

Sunday, December 12, 2010

Kisah Kenduri dan motor abah.........

Pada suatu hari ak dan adikku yg diberi nama ct @ pujah telah menghadirkn dr dgn jayanya di sebuah majlis kndri kahwin di kgku yg agk terkenal di negeri perak iaitu kg kota. Mak pown pegi gk ngn mak andak merangkap jiran sebelah umahku yg agk rapat ngn kami, sbb rumah ktorg mmg rapat2 d antara 1 sama lain. Ak mmg agk segn cket lau nk p majlis knduri kt mna2 niey sbb ak kn ank dara, segn lak jd perhatian lau jalan kt org ramai (hahaha....perasan je lebih :P )...tp walaupn segn, ak p jgk apabila mengenangkn kata2 smngt & motto yg telah disuarakan oleh adikku pujah, dia ckp "lau nk p kenduri x yh malu2, yg penting makan!!!". huh..ptt la dye x pena malu nk p kndri, so ak pn pegi lau ade dye jela. kami p kndri nek mtor abah yg agk sederhana keadaannya, mtor yg agk bru cket, mak ngn abh da gune....so kami gune jela motor mner yg ade kt umah....huhuu

Setelah selesai makan dgn tenang, kami bersiap2 utk blek. Jam menunjukkan pukul 12.30 pm, anak2 muda kompang kg kota pn sedg bersiap sedia di tepi jalan utk mengetuk paluan kompang bg menyambut kedatgn pengantin baru...ak ngn adikku dh berkira2 nk blek cpt sebelum pengtin dtg, bek ktorg lek cpt sblm pngtin ada kt jalan nt lg malu d buatnya...ak ngn adikku melajukan langkah kaki kami menuju ke mtor abah yg terletak di tepi jalan dekat ngn barisan kompang pemuda2 kg kota..."ah, malunye" bisik hatiku. ak sedkit mengcover cunkn dr ini apb semkin hampir ke motorku....adikku bersedia utk drive , manakala ak pula hanya membonceng di belakang...jalan ban yg agak tiggi dan curam m'buatknku berhati2 menaiki mtor..... tetapi apb ak menjejakkn shj kakiku ke tempt pemijak kaki pd mtor abhku.....tiba-tiba..........................tettt.......to be continued in below.....

tibe2.....KEDENGKANGGG!!!!....mtor yg td ak naiki terjatuh ke bawah jalan......tmpt dduk mtor abahku tercabut skali...al maklum la tmpt duduk mtor YAMAHA cup yg agk sederhana  tersebut x melekat kuat pd tmpt mtor.....'aduhhh, malunyeeeeee!" ak menjerit kecil dlm hati....warna mukaku telah merona merah menahan malu d tambh pula terkena siraman dek terik mentari pd waktu tghr...menjadikn muka ku semngt hangit dan sedkit berasap menahan malu yg ku kira2 kian menebal mnjadi 2 kilo. Adekku pula jenis yg tdk tahu menahu tentang erti malu, tergelak2 x renti2....malu sungguh, barisan pemuda2 kg yg agk remaja kira2 seramai 13 org dan ada sorg dua yang agk macho tersebut memandang2 ke arah kami....ada yg menjerit mengusik berkata "Selamatkn dorg weh!2" salah seorg bersuara sambil yg lain menymbung gelak....adoiii malunya ak. 

Tiba-tiba apalagi ak dan adikku mengmbil langkah drastik menegakkn semula motor dan memasang semula tempt duduk mtor, kemudian kami merancang utk melarikan dr dari tmpt kejadian degn sederas mungkin. tanpa memandang kiri dan kanan kami menaiki mtor, nseb bek bleh start, fuh kami merasa sedikit lega...tanpa berlengah lagi adikku pn memulakan aksi drift kami yg bru shj kami belajar ketika itu.......Namun, rsa malu tersebut x abes sekejap itu shj......ketika kami melintasi barisan kompang dak2 kompang yg beratur di barisan kiri dan kanan jalan, mereka serentak memukul kompang menyambut laluan kami!!!!!.."KEPAK KEPAK KEPAK, KEBOM KEBOM KEBOM!!3x,  kompang dibunyikan oleh mereka sambil bergelak ketawa mcm tgk show lak. Cihhh....jht tol la!!! ak menjerit geram dlm hati.................adikku dr td tergelak2 menahan rse kelakar, ak lak menahan malu yg dr td x abes2 lg....nseb bek ak sempt sorok mke kt blkg adikku mse melintas kt barisan dak2 kompang td....huh cm hape!!

Skang mtor abah tu dh x gne dh....sbb ad mtor len dh...lau dlu mse kecik mtor tu la yg jd rebutan...ble da beso bwk mto tu pn sume da xnk...masing2 nk mengcovercunkn dr ble nk p mne2 d sekitar kg ku...huhuu



Sunday, December 5, 2010

Ceti jual Islam

Ngah selak2 paper td ternmpk berita sal nie. Nie sume taktik baru  along wt iklan yang konon2 menawarkan pinjaman Islamik. Guna name Islam nk wt bisnes haram..........JGN TERPEDAYA!!


SUNGAI BULOH: Bosan dengan taktik promosi pinjaman lama, peminjam wang haram atau along kini beralih arah kepada sistem ‘Pinjaman Islamik’ bagi menambat kepercayaan pelanggan, sekali gus menjadikan mereka sebagai ‘bank segera’.
Taktik terbaru itu dikesan di sekitar bandar ini apabila terdapat iklan dan risalah mengenai kegiatan terbabit ditampal di pokok dan papan tanda.
Modus operandi baru yang mengelirukan itu dikesan apabila iklan yang kononnya berbentuk pinjaman Islamik diberikan syarat pinjaman mudah dengan hanya menelefon nombor yang tertera dan akan menerima bayaran dengan cepat.

Antara syarat yang ditetapkan along terbabit antaranya pinjaman itu terbuka kepada kakitangan awam, badan berkanun atau swasta, proses pinjaman adalah melalui bank serta kemudahan pinjaman sehingga RM250,000.
Lebih menarik, mereka yang disenarai hitamkan bank turut layak membuat pinjaman.

Panggilan dilakukan Metroplus bagaikan dapat dihidu berikutan seorang lelaki dipercayai konco along terbabit yang menjawab pertanyaan meletakkan telefon selepas musykil dengan soalan yang banyak diajukan.

Tinjauan mendapati, iklan haram yang ditampal pada pokok itu dilekat menggunakan kertas berwarna kuning yang ditutupi plastik dan tertera nombor telefon bimbit along terbabit

Saturday, December 4, 2010

Perjuangan sebenar...

Tgh view2 blog org, tbe2 terjumpa ngn artikel ringkas nie...n sy sgt2 bersetuju dgn statement beliau tntg perjuangan Islam n bukanlah perjuangan Kebangsaan yg bersifat duniawi semata2..

Petikan Ucapan Tn. Guru Nik Aziz.

Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.


"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,"



Friday, December 3, 2010

btol ke cara kte pakai cincin?????


sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis 
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH ABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK
"hidup BERLANDASKAN dakwah"

Tahajud bina kekuatan jiwa, peribadi unggul



FIRMAN Allah bermaksud: “Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya”. (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)
Umat Islam dianjur melaksanakan qiamullail (tahajud) pada bahagian akhir malam sebagai manifestasi kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat-Nya yang begitu banyak dikurniakan kepada kita. Sesungguhnya solat pada akhir malam akan melahirkan kekuatan jiwa, memperkukuhkan keinginan dan azam untuk patuh serta taat kepada Allah.
Beribadat dan bermunajat kepada Allah pada malam hari, di kala insan lain sudah lama nyenyak dibuai mimpi indah. Ia suatu gambaran keikhlasan kepada Allah dan seterusnya membebaskan diri dari sifat riak yang boleh membakar seluruh amalan kebajikan.
Bermunajat dengan melaksanakan tahajud pada malam hari mengecewakan syaitan yang tidak jemu menggoda dengan pelbagai bisikan dan mendodoi manusia supaya terus lena hingga ke pagi hari.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ketika kamu tidur, maka datanglah syaitan dengan mengikat ubun-ubunmu dengan tiga ikatan. Dan apabila ia terjaga dengan menyebut nama Allah, maka terlepaslah satu ikatan, jika ia terus berwuduk maka terlepaslah ikatan kedua, kemudian apabila diikuti dengan solat Qiamullail, maka terlepaslah ikatan yang ketiga dan pada waktu pagi berada dalam keadaan segar dan giat, jika tidak berbuat demikian, maka akan kencinglah syaitan dalam kedua-dua telinganya.” (A-Misykuh)
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan kita berhati-hati supaya tidak diperdayakan syaitan laknatullah, jiwa yang tergoda dengan syaitan akan timbul sifat malas untuk melaksanakan ibadat, hati menjadi keras dan liat untuk mendengar serta mendekati ilmu keagamaan.
Daripada Ibnu Mas’ud katanya, “Sudah disebut perihal lelaki di hadapan Nabi SAW. Katanya, lelaki itu berterusan tidur hingga subuh dan tidak bangun sembahyang lalu Nabi bersabda: “Sesungguhnya lelaki itu dikencing oleh syaitan di dalam telinganya.” (Hadis riwayat Syaikhan dan an-Nasa’i)
Oleh demikian, menghidupkan malam hari dengan bertahajud dan bermunajat kepada Allah akan mendapat kasih sayang dari Allah dan kasih sayang Allah itu terpancar dari-Nya melalui sikap serta tindakannya.
Segala sikap dan tindakannya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah, yang seterusnya orang lain pula apabila melihatnya akan timbul perasan kasih dan hormat akibat pancaran kasih sayang Allah kepadanya.
Firman Allah bermaksud: “Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempat kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami. Dan bertasbihlah menemui Tuhanmu semasa engkau bangun. Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepada-Nya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh)”. (Surah al-Thur, ayat 48-49)
Allah menyediakan banyak pengurniaan-Nya terhadap orang yang sanggup menukar tempat tidur dan masa istirehatnya, tilam yang empuk, bangun dalam kesejukan untuk bersuci dan terus beribadah kepada Allah, dijanjikan kedudukan yang terpuji baik di dunia mahupun akhirat.
Sejarah lampau membuktikan bahawa Salahuddin Al-Ayubi seorang pemimpin tentera Islam dalam peperangan Salib hanya memilih orang yang mengerjakan qiamullail untuk bertempur di medan peperangan kerana mereka ini memiliki kekuatan jiwa dan keteguhan peribadi yang tinggi. Hasilnya, pihak Islam menang dalam peperangan itu.
Dalam satu hadis Rasulullah SAW menjelaskan bahawa barang siapa bersolat pada malam hari dengan sanggup bersengkang mata melaksanakan solat tahajud, Allah akan memberi sembilan kurniaan kepadanya. Lima kurniaan di dunia dan empat lagi di akhirat.
Sabda Rasulullah SAW, daripada Umar bin al-Khattab yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan solat malam, dan dia membangunkan solat, maka Allah memuliakan dia dengan sembilan perkara: Lima perkara di dunia dan yang empat lagi di akhirat.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menyahut tawaran Allah untuk bangun menunaikan qiamullail iaitu ganjarannya terlalu besar nilainya, lebih besar dan bernilai dari dunia ini dan segala isinya. Janganlah sampai ayam yang tidak berakal itu lebih pintar dan lebih baik daripada kita. Seperti nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, janganlah engkau tidur di kala ayam jantan berkokok pada waktu fajar.”
INFO
9 kemuliaan solat Tahajud
· Dia dijaga oleh Allah daripada beberapa bencana.
· Berkat ketaatannya, akan nampak pada wajahnya.
· Dia disukai oleh hamba Allah yang soleh dan oleh semua manusia.
· Ucapannya mampu mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah.
· Diberi cepat mengerti dan mendapat ilmu pengetahuan.
· Dia dibangunkan dari kubur dengan wajah yang putih berseri.
· Diringankan hisabnya.
· Melalui titian siratul mustaqim bagaikan kilat yang menyambar.
· Diberi buku catatan amalannya melalui tangan kanannya di hari kiamat. (Raudhatul Ulama).

BETAPA SAYANGNYA ALLAH KEPADA HAMBANYA.........

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan
motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi
segala dugaan sebelum menuju ke mahattoh terakhir yang kekal abadi...

Kenapa AKU DIUJI? 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA MERASA KECEWA 
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!! 
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Semoga ianya menjadi melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita….

ALLAH SANGAT SAYANG KEPADA KITA…BAGAIMANA KITA????
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



4 golongan lelaki ke neraka ..

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
AMIN YARABBALALAMIN

Cerita Tentang RM10..............


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.
“Ayah, boleh tak Eyman tanya satu soalan?”
“Ya, nak tanya apa?”
“Berapa pendapatan ayah sejam?”
“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”
“Eyman saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”
“20 ringgit sejam.”
“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Eyman pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”
Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”
Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Eyman kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Eyman minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Eyman ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.
“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.
“Ayah, sekarang Eyman sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Eyman nak beli sejam dari masa ayah. Eyman nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.
Dengan linangan air mata, baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu….
“INGATLAH DUHAI AYAH YANG TERCINTA…BUKAN SEKADAR WANG ATAU BENDA SEMATA-MATA YANG KELUARGA KITA HARAPKAN, TETAPI UKHWAH KASIH SAYANG YANG ADIK HENDAKKAN… ADIK SEDIH BILA TENGOK ORANG LAIN SERONOK BERMAIN DENGAN AYAH-AYAH MEREKA, TAPI APE YANG ADIK DAPAT??? KESUNYIAN KASIH DARI SEORANG AYAH… DAHLAH IBU TELAH LAMA TINGGALKAN KITA, ADIK XD SAPE2 LAGI SELAIN AYAH… DGN 20 RINGGIT NIE ADIK HARAP ADIK DAPAT MERASAI SEJAM JE KASIH AYAH…ADIK TAKUT ADIK X SEMPAT MERASA IANYER LAGI..=( ADIK SAYANGKAN AYAH”